Follow Here OR Back to Dashboard
Lightning Space.
About me Shout Friend
Doa dipohon ada waktunya
Sunday 8 January 2012 | 00:05 | 1 comment

 Allah s.w.t. berfirman dengan maksud :
"DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAI-KU , SESUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR . AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA APABILA IA BERDOA KEPADAKU"

Waktu - waktu yang dianjurkan berdoa :

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh .
  2. Selepas setiap solat fardu lima waktu .
  3. Antara solat zuhur , asar dan maghrib .
  4. Antara azan dan iqamat atau selepasnya .
  5. Ketika bangun tidur .
  6. Selepas baca tasyahud akhir sebelum salam .
  7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid .
  8. Antara takbir solat hari raya .
  9. Dalam khutbah jumaat , khutbah hari raya dan khutbah nikah .
  10. Ketika menziarahi Makam Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi .
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting .
  12. Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain-lain .
  13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran .
  14. Ketika ditimpa kesulitan , gundah gulana dan rasa gelisah .
  15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah .
  16. Ketika hujan turun .
  17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya .
  18. Sepanjang malam , terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur .
  19. Ketika khatam al-Quran 30 juzuk .
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir .

 p/s : renung renungkann , dan selamat beramal ^^

credits ;
Majalah GenQ 

Labels:




PAST